Showing posts with label malay novel. Show all posts
Showing posts with label malay novel. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Tertulis Buat Kita



Synopsis

Di Langkawi mereka bertemu. Istilah cinta pandang pertama ternyata bukan untuk dia. Bagi Auni Sofina, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Jimmy dalam diam mengatur strategi. Jiwa keras Auni wajib ditakluki.

Dia ada misi menjalankan operasi bahaya. Namun tidak disangka dia terlibat dalam operasi Cinta. Lalu bagaimana seharusnya berlaku? Mereka tidak dibenarkan jatuh cinta. Tetapi ternyata ci
nta melebihi segala-galanya. Inilah jadinya bila emosi merajai akal, bila rasa percaya hilang dalam kekaburan. Antara Auni dan Jimmy, laluan berombak penuh dusta dan airmata pun bermula.
Jimmy ~ Panjangkanlah jodoh antara aku dengan dia, Ya ALLAH. Maafkan aku kerana tidak tahu. Jangan aku dihukum kerana melakukan perkara yang benar. Jangan pisahkah aku dengan dia. Ambillah apa sahaja, asalkan bukan dia.

Auni ~ Syurga Auni terletak di kaki abang. Tapi Auni menempah tiket ke neraka dengan apa yang telah Auni lakukan. Andai ada secebis kasih, maafkanlah isteri abang yang berdosa ini.
Memang benar, cinta itu satu pertempuran. Satu perjuangan. Dan cinta itu wujud dalam sebuah tindakan yang agung iaitu memaafkan.

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.

“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”


What do I think...

This novel were the sequal to her earlier novel titled "Jauh Kau Pergi". It was one of the best malay novel I have read and " Tertulis Buat Kita" did not fail me either.

Being a reader, I really enjoy fast pace novels. This is definitely one of it. Despite the fact that I could feel the rush between the lead characters, it has good elaboration on the character from her previous novel as well.

Enjoyable, but for me "Jauh Kau Pergi" still remains as one of the best written novel to date.

Thursday, August 2, 2012

Venom Suria


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUXWf0leJhWEty1MMocLo-H0dj1-I82si0LortE7nAx3nnU5YDFB_X0uOqT9OubAzYjngmQEzz-H812nIPs67vOwWQvRxsLHAZXJafA1__rxeBlROFsPPOZ33gg9jYEgm0MkbV75-emGc/s1600/cover+venom+suria.jpg


 ♥ Synopsis ♥

Suria seorang wartawan yang periang dan berdedikasi. Dibesarkan oleh ayah tanpa ibu di sisi menjadikan dia berani dan sentiasa yakin dengan dirinya. Sebuah kes luarbiasa yang berlaku di ibukota membuatkan dia obses mahu merungkai misteri di sebalik kes tersebut. Namun semua ini menemukan dia dengan dua lelaki berbeza watak dan takdir.

Izwan, seorang anggota polis yang bersifat panas baran dan tegas. Kecewa dengan kematian isterinya membuatkan dia lelaki yang penuh dengan prasangka dan dendam yang membuak-buak. Namun pertemuannya dengan Suria, membuatkan lagaknya terkalahkan. Dia hilang suara setiap kali bertingkah kata dengan gadis yang sentiasa mahu menang itu.
Nazrul Aliff seorang yang sentiasa tenang, tetapi murah dengan senyuman. Tetapi tidak ada sesiapa yang menyangka hidupnya lebih rumit dari rupanya. Hidup sebagai lelaki terpilih menjadikan dia derita dalam diam. Lagi-lagi tugas yang harus dipikul memaksa dia menjadi pembunuh. Tapi mampukah dia? Lagi-lagi yang harus dibunuh kini sudah melekat di hati memarakkan cinta yang kian dalam.

Ketiga-tiganya bertemu, hanya untuk membuka sebuah lembaran kisah zaman berzaman. Kisah sumpahan dua keluarga tetapi berlainan rentak. Kisah ini harus diakhiri sebelum membuka kisah baru. Tapi apakah cinta mampu mengalahkan kejahatan? Atau jiwa akan luluh ditelan kegelapan?

Sedutan:

“Kau buat apa ni?” Suatu suara keras tiba-tiba menerjah gegendang telinga Suria. Dia terkejut. Pantas jam yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam poket. Tubuhnya dibalikkan. Seorang lelaki berdiri di hadapannya sambil memandang tajam ke arahnya. Suria terkedu memandang lelaki itu. The brilliant man! Jaket hitam yang dipakai lelaki itu serta wajah berkumis membuatkan dia teringatkan lelaki yang dicanang Haqimi kelmarin. Entah apa nama lelaki itu! Dia menarik nafas panjang. Tangannya segera dihulurkan.

“Hai, saya Suria. Suria Baharom, wartawan dari KZM News.” Dia menyusun bicara. Sedang hatinya berbelah bagi mahu memperkenalkan dirinya. Huluran tangannya tidak bersambut. Sebaliknya wajahnya terus menjadi sasaran renungan lelaki itu. Suria mula tidak senang dengan cara lelaki itu memandangnya

“Aku tanya kau buat apa kat sini? Ini lokasi kejadian bunuh. Orang awam tak dibenarkan berada di sini.” Ujar lelaki itu dengan nada lebih keras. Suria meneliti lelaki di hadapannya agak lama..

“Maasf, saya cuma nak tengok-tengok kawasan ni.” Balas Suria selamba. Lebih baik dia berterus terang dari sibuk merangka pelbagai alasan untuk melindungi dirinya.

“Siapa yang bagi kebenaran? Dan apa yang istimewa sangat pada diri kau sampai kau dapat special authority untuk ke sini dan ganggu kawasan jenayah?” Sindir lelaki itu.

Suria terpinga-pinga. Kata-kata lelaki itu membuatkan darahnya meluap-luap. Sudahlah huluran tangannya langsung tidak disambut, selepas itu dia disindir pula. Ini dah melampau. Dia bercekak pinggang memandang lelaki itu.

“Aku datang sini sebab tugas. Dan sebagai wartawan jenayah, ini hak aku untuk mencari kebenaran. Lagipun aku tak nampak apa-apa tanda pun yang menghalang aku masuk ke kawasan ni. Tag polis tu pun dah ditanggalkan bukan?” Sahutnya. Hilang sudah tanda hormatnya sebentar tadi. Kini dia bercakap menggunakan gantinama ‘aku’ pula. Padanlah dengan tuan punya badan yang berada di hadapannya.

“Walaupun tag tu dah dibuang, tapi itu tak bermakna pihak polis dah selesai dengan siasatan ke atas kawasan ni. Kehadiran kau hanya akan menganggu tugas polis.” Lelaki itu membeliakkan matanya. Suria tercengang. Peliknya perangai mamat ni! Huh! Buang masa aku je! Keluh Suria.

Suria mahu berpaling ingin beredar meninggalkan tempat itu. Namun serentak tubuh lelaki itu menghalang di hadapannya. Dia tergaman. Hampir tidak percaya dengan tindakan lelaki itu.

“Kau ada jumpa apa-apa kat sini tadi?” Suara lelaki itu mula mendatar. Namun matanya masih melekat tajam di wajah Suria.

“Jumpa apa?” Suria berlagak bodoh. Lelaki itu menarik nafas.

“Kalau kau sengaja cuba menyorok apa-apa sahaja bahan bukti yang datangnya dari tempat ni, aku boleh dakwa kau bersuhabat. Dan orang yang menyorok bahan bukti boleh dipenjarakan sehingga tiga hingga lima tahun penjara. Kau nak dipenjarakan?” Lelaki itu tersenyum. Sengaja dia mahu menakut-nakutkan gadis itu.

Suria terdiam. Dia mengetapkan bibirnya. Entah kenapa kata-kata lelaki itu membuatkan dia berang. Macamlah aku tak tahu undang-undang!

“Mana dia?” Soal lelaki itu lagi. Suria tergaman.

“Apa?”

“Aku nampak kau kutip sesuatu tadi. Mana dia? Serahkan pada aku.” Sahut lelaki itu. Suria tersentak. Aduh! Dia nampakkah? Dia teringatkan jam yang masih berada dalam poket bajunya.

“Aku langsung tak faham apa yang kau cakap ni. Mana ada aku sorok apa-apa. Tadi aku kutip duit syiling aku yang jatuh, itu aje.” Dia mengelak. Meskipun tidak berapa logik, ah..belasah ajelah.

“Kau tahukan, kalau kau cakap bohong aku boleh geledah kau?” Lelaki itu mengugut. Suria tersengih tiba-tiba.

“Nak geledah? Hah geledahlah, tapi lepas tu aku akan dakwa kau kerana mencabul. Aku tahu kalau kau nak geledah aku sekurang-kurangnya ada seorang pegawai polis wanita dekat sini. Jika tak, kau tak ada hak. Lagipun aku ni wartawan, aku boleh tulis apa sahaja yang mungkin boleh membuatkan orang awam tidak lagi percaya pada pihak polis.” Balas Suria tidak mahu kalah.

Lelaki itu terdiam. Suria tergelak kecil. Padan muka! Dia ingat dia seorang saja ke yang tahu undang-undang. Aku pun tahu! Suria memandang lelaki itu lagi. Seketika mata lelaki itu juga memandang wajahnya. Pandangan mereka bertaut. Suria tersenyum sinis.

“Baiklah Encik Polis, aku dah nak balik ni. So tempat ni, kawasan ni…aku serahkan bulat-bulat dekat kau. Jaga baik-baik, okey.” Pesannya nakal seraya melenggang di hadapan lelaki itu. Deraian tawa kecilnya meletus dari bibir, namun masih ditangkap oleh deria pendengaran lelaki itu. Lelaki itu mengetapkan bibirnya. Hatinya tiba-tiba terbakar dengan gelagat gadis itu.


 ♥ My Opinion ♥

Mazni Aznita@Anita Aruszi is really talented author. Her crime/thriller novels are interesting. I have not seen many malay authors who could write a good crime/thriller novel. She has proven again that she is willing to take the risk and dwell into different genre. The character's were developed well, just that I wish there were more sparks between the Izwan and Suria.

Hope that she keeps her good writing going and I am definitely looking forward for more good reads from her.

Wednesday, December 14, 2011

✿ RaMlee AwAnG MuRsHiD's NoVeLs✿

If you are in Malaysia, and you love thriller novels, you will definitely know Ramlee Awang Murshid. He writes exception novels, which includes alot of thriller and paranormal information in his books.

So far I really enjoyed both the books below..and I have a few more in my library waiting to be read...

Sinopsis : RANGGAU


Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.


Sinopsis : UNGU KARMILA 

ATAS nama cinta… mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. 

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!


Thursday, September 1, 2011

✿ BiCaRa HaTi & ILhAm HaTi ✿

I have read a few books from Damya Hanna and I would say that she is a talented local author.
One of her best work so far has been" Bicara Hati" and "Ilham Hati".

It's a story about how two individuals are drawn into a marriage life and how they actually dwell into their marriage life, which is filled with love and sorrow...Recommended Reading.


♥Bicara Hati ♥


 
Synopsis:


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahrandan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkancadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanitayang tidak pernah dicintai.


Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.


Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.


Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.


Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


♥Ilham Hati ♥



Synopsis:


RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

Tuesday, June 28, 2011

♥ JaNgAn BiLaNg BeNcI♥



BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…

Friday, May 20, 2011

♥ HaTi BeRgEtAr RiNdU, JaUh KaU PeRgi, RiNdU uNtUk DiA aNd RiNdU BeLuM BeRhEnTi ♥

Dhiya Zafira is on the talented Malay novelist which I have discovered. I just love her books. If I come across her name in the local bookshop I will for sure grab them because I know I will love her narration of the stories. Her books are not always about romance. She always have a nice mixture of thriller embedded into her books. Here are some of her book collections which I own. 


♥ Rindu Belum Berhenti♥


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yg terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorgan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya. Zack, lelaki berdosa yg mahu meninggalkan kisah silamnya yg gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri utk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yg menjemputnya pulang. Jenayah terhadap Adni, jenayah terancang. Penuh momen yg menggetarkan jiwa. Senjata yg dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi? Antara Zack dan Adni laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dgn dendam, berpaksikan kesumat mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yg dtg? dapatkah Adni menemui cintanya semula? 


♥ Rindu Untuk Dia♥



 Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong. Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa. 



♥ Jauh Kau Pergi♥


Aku tidak pernah memilih dia sbg pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian utk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yg sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorg sahabat. Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi dia ternyata bukan utk ku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan utk menang, bukan?
Rif - Muliakah hubungan yg dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yg tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya utk dia... aku redha. Ada apa dengan dia yg menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi - aku tidak mampu bersaing dgn masa silam utk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti... 




♥ Hati Bergetar Rindu♥



Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.
Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.

Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

Tuesday, March 15, 2011

♥ KeRaNa DiA CiNtA♥


Kerana Dia Cinta is the first novel of Izza Aripin which I have read and I enjoyed it so much that I finished it within a day...


Synopsis:


Dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumah tangga yang dibina retak menanti belah. Hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena untuk mengejar cintanya. Terhimpit dengan beban perasaan yang semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami ialah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.

Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yang lara ke perantauan bersama dendam. Masa yang berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yang hadir tanpa diduga. Dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.

Siapakah dihati Amani? Adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam?

Kerana Dia Cinta… membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.


Kerana Dia Cinta… kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban; Dena rela bermusuhan; Rezman percaya pada cinta. 


Kerana Dia Cinta… kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta; Fahrein berjaya mencapai cita-citanya; Zeek menemui cinta sejatinya. 


Kerana Dia Cinta… kerana Allah, Nurjia Amani temui cinta abadi.



Plot:

Nurjia Amani atau Gia dijadikan sebagai jaminan kepada penggabungan syarikat. Disebabkan Gia tidak mencintai Rayyan atau Ryan yang juga merupakan Pengarah Urusan Milennium Group, dia telah bersubahat dengan rakan baiknya, Dena yang juga merupakan Pengurus Pemasaran Kumpulan di Milennium Group. Gia telah menyamar sebagai pekerja di Milennium Group untuk mencari kelemahan Ryan yang boleh digunakan olehnya untuk membatalkan perkahwinan tersebut.

Sewaktu bekerja di Unit Penerbitan, Gia telah berkawan baik dengan Kak Intan, Kak Maiyah (PA kepada Ryan) dan Fahrein. Fahrein yang pada mulanya melayan Gia dengan buruk telah berubah menjadi rakan baiknya setelah dia tahu siapa sebenarnya Gia.

Tembelang Gia pecah apabila Ryan mendapat tahu mengenai penyamarannya melalui Dena. Sebagai hukuman kerana Gia telah membohonginya, Ryan telah menjadikan Gia sebagai Setiausaha Eksekutifnya di Millenium Group. Sungguhpun sentiasa berdampingan, Gia gagal mencintai Ryan. Perhubungan Ryan dengan Gia juga tidak begitu baik lantaran mereka sering berselisih pendapat. Gia telah meminta Ryan untuk bersetuju dengan tiga syarat sebaik sahaja mereka berkahwin kelak.

Hubungan Dena dan Gia menjadi renggang setelah Gia dapat tahu Denalah yang membocorkan rahsianya. Dena yang selama ini tidak setuju dengan layanan dan tanggapan Gia terhadap Ryan yang dipujanya, berniat mahu merampas Ryan daripada Gia.

Perkahwinan antara Gia dan Ryan tidak dapat dielakkan. Gia terpaksa akur kerana takut dibuang keluarga sekiranya dia membantah keras arahan ibu bapanya. Sewaktu berbulan madu di Istanbul, Ryan dan Gia cuba memahami situasi masing-masing. Namun sebaik sahaja mereka pulang daripada berbulan madu, Ryan gagal mematuhi tiga syarat yang telah diakuinya sebelum berkahwin dahulu. Gia berasa kecewa tambahan pula dia terpaksa tinggal bersama mentuanya.

Gia berasa hidupnya terkongkong dan dia rasa bagai dipaksa melakukan perkara yang dia tidak suka oleh mentuanya. Disebabkan berasa tertekan, Gia telah melarikan diri ke Cameron Highland. Di sana dia menyelamatkan seorang lelaki bernama Pakcik Bakar daripada kemalangan. Bermula dari situ, hubungan Gia dengan keluarga Pakcik Bakar semakin akrab. Dia berkongsi masalah dengan Makcik Hajar, isteri Pakcik Bakar. Sewaktu di sana, Gia dapat tahu yang dia mengandung. Setelah puas dipujuk oleh Makcik Hajar, akhirnya Gia bersedia untuk kembali ke pangkuan Ryan.

Namun niat baiknya tidak kesampaian apabila Ryan telah menemuinya di sana. Ryan membawa Gia pulang dan layanannya menjadi semakin keras. Niat Gia untuk merahsiakan kandungannya akhirnya terbongkar. Sikap Ryan kepada Gia terus berubah. Dia lebih banyak mengalah dengan kerenah Gia yang tidak menentu. Disebabkan mabuk paginya terlalu teruk, Gia telah meminta Ryan menghantarnya ke rumah Makcik Hajar untuk berehat. Sewaktu berada di sana, Makcik Hajar telah berusaha menyedarkan Gia akan kesilapannya tidak melayani Ryan seperti yang sepatutnya.

Dalam waktu yang sama, Dena telah mengambil kesempatan sepenuhnya atas ketiadaan Gia. Dia telah berjaya mempengaruhi Ryan dan hubungan mereka menjadi semakin erat.

Pujukan dan didikan keagamaan yang diberikan oleh Makcik Hajar telah melembutkan hati Gia untuk memikul tanggungjawab sebenarnya sebagai isteri dan menantu. Dia pulang ke KL dengan harapan untuk memperbaiki keadaan. Malang sekali apabila dia terdengar perbualan antara Ryan dengan Dena. Rupa-rupanya selama ini selama ketiadaannya, Ryan telah membuat perhubungan sulit dengan Dena. Ryan yang sudah mula merasakan cinta terhadap Gia, berasa bersalah dan kesal. Dia cuba menghalang Gia, tetapi gagal.

Disebabkan perasaan kecewa, Gia membawa diri ke rumah Makcik Hajar. Gia telah bersalin tidak cukup bulan. Tapi disebabkan rasa sakit hatinya, dia menipu semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri dengan mengatakan yang anak dalam kandungannya itu telah keguguran. Melalui alasan itu, dia meminta cerai daripada Ryan. Ryan terpaksa akur kerana rasa bersalah.

Dena yang merasakan impiannya untuk mendapatkan Ryan sudah tercapai, kecundang jua akhirnya apabila Rezman, sahabat baik Ryan yang telah mengetahui niat jahat Dena, telah memasang perangkap. Akibat perangkap yang dipasang, Dena dan Rezman ditangkap basah sekali gus melepaskan tanggungjawab Ryan yang sepatutnya berkahwin dengan Dena.

Dua tahun berlalu. Gia telah membawa diri ke UK untuk menyambung pelajaran ke peringkat Phd. Dia kembali ke tanah air dengan identiti baru iaitu bertudung dan menukar nama panggilannya kepada Amani, nama yang sebelum ini telah diperkenalkan olehnya kepada keluarga Makcik Hajar. Anaknya Nurjiha Raihanna atau Jiha telah dijaga oleh Makcik Hajar selama pemergiannya. Amani telah mendapat pekerjaan di sebuah agensi pengiklanan. Perkenalan singkatnya dengan Haziq Hidayat atau Zeek, ketuanya telah melahirkan bibit-bibit cinta di hati Zeek. Lantas dia terus melamar Amani.

Amani yang selama ini mencari cinta, sudah menemui cinta pertamanya iaitu cinta kepada Allah. Lamaran Zeek diterimanya kerana dia terharu dengan keikhlasan dan kejujuran Zeek. Zeek tidak memandang serong kepada statusnya sebagai janda beranak satu. Walaupun pada mulanya keluarga Zeek menentang keras apabila mengetahui mengenai penipuan Amani terhadap kelahiran anaknya, akhirnya mereka terpaksa akur dengan kemahuan Zeek.

Ryan yang secara tidak sengaja terserempak dengan Amani dan Zeek telah nekad untuk merebut perhatian Amani semula. Amani pula terpaksa berhadapan dengan Ryan untuk membongkar mengenai kewujudan Jiha. Kesungguhan Ryan semakin kuat untuk merebut kasih Amani. Malangnya dia kecewa apabila mendapat tahu yang bekas isterinya itu telah berkahwin.
- From Izza Aripin site-

My Opinion: 


What can I say. This book is about a force marriage and it do tell us that not all the marriage will work out the way its expected to be...That's what that makes this novel unique compared to other malay novels which has similar plot.

Sometimes, no matter how much we try, we just cannot force ourselves to be in love with someone which we don't love and LOVE cannot be forced.

Recommended reading...

Monday, February 28, 2011

♥ AnDai iTu TAkDirNyA + CiNtA KaU dAn AkU♥

The first novel from Siti Rosmizah which I read was " Andai itu Takdirnya".



♥ Andai itu Takdirnya♥




Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

I also did not miss the book " Cinta Kau dan Aku" from the same author.



♥ Cinta Kau dan Aku♥





"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawa
tan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Saya
ng, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


My opinion:
Overall, unlike most Malay romances, this one was a simple read. It differs greatly from Siti Rosmizah's first novel titled "Andai Itu Takdirnya", another very awesome read but leaning more towards anger and tragedy. This novel is lighter and it teaches a lot about the true meaning of love and trust which is so crucial when someone goes into marriage life. A very good read for many!

Monday, January 17, 2011

♥ TiAdA SePerTiMu AnD BuNgA SyUrGa♥

I came across both this books in MPH and they were from the same author- Anita Aruszi. I just decided to buy " Tiada Sepertimu" and give it a try. To be honest I was hooked into the book and I finished it by 2 days. I went back to MPH and bought " Burga Syurga". The book were equally good. I was really impressed with the novels by this writter and hope that I will be able to read more quality bThese are the synopsis from both the novels:



♥ Bunga Syurga♥

  Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau. Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila. Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan. Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan? 



♥ Tiada Sepertimu♥


Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang saling tidak berhutang antara satu sama lain. Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Namun jika namanya hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku. Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania. Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Mampukah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?

Saturday, November 27, 2010

♥ MuLaNyA sAtU cInTa ♥

Synopsis:
EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak me­reka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang. Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya. Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu. Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie. Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli. Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?



♥ BAB:♥

BALIK kampung?!

Eddy Ezli tersentap. Terhenti tangannya dari terus menyuap nasi. Tidak percaya mendengar kenyataan yang keluar dari mulut emaknya, Faridah. Terasa bagai kata emaknya itu seperti kuasa ghaib menjerut leher. Mulalah Ezli menggelabah. Habislah kalau mak balik kampung! Siapa nak jaga Afi? Kenapa tiba-tiba pulak mak nak balik kampung? Satu per satu soalan menerjah mindanya.

“Mak… jangan main-main mak!” Ezli mula tidak senang duduk. Berkerut-kerut mukanya memandang Faridah. Tidak tertelan nasi dibuatnya. Tumpul selera pada lauk kegemaran yang terhidang di atas meja.

“Main-main apanya? Mak memang nak balik kampung. Tak tahanlah mak nak duduk sini lama-lama,” kata Faridah selamba.

“Ala… takkan duit yang Ezli bagi tiap-tiap bulan tu tak cukup, mak?” Ezli cuba mengungkit. Sekarang ini, apa jua isu akan dijadikan umpan untuk menghalang niat emaknya itu.

“Isk… bertuah punya anak! Kamu ingat mak ni orang gaji kamu ke? Itulah, mak suruh kahwin lain kamu tak nak! Mak dah rindu sangat kat rumah di kampung. Cukuplah empat tahun mak duduk sini jaga kamu dan Afi. Mak nak balik!” jerkah Faridah. Bukan mahu marah tetapi sengaja menggertak anak lelaki bongsunya itu.

“Mak!” Ezli terjerit kecil. Seleranya mati terus. Sampai hati mak! Ezli segera mencuci tangan.

Beberapa helai tisu ditarik kasar sebagai tanda protes. Kemudian meneguk air suam. Selepas itu memandang wajah Faridah dalam-dalam. Dicemikkan sedikit riak wajah agar dapat memancing simpati Faridah.

“Mak janganlah risaukan sangat rumah kat kampung tu. Kak Erni kan ada boleh tengok-tengokkan rumah tu? Sebelah rumah aje, takkan kakak tak boleh tolong?” Ezli cuba memujuk. Teringat pada satu-satunya kakak yang dia yang ada, yang tinggal di kampung mereka di Taiping.

“Kak Erni kamu tu ada tanggungjawab lain. Dia pun kena jaga keluarga sendiri. Takkan nak harapkan dia semata? Mak ni teringin jugak nak bela ayam itik macam orang lain kat kampung tu.” Faridah berdalih dengan alasan yang sangat tipikal tetapi berbaur lucu.

“Ala, ayam itik yang mak fikirkan? Mak tak sayang Afi ke?” Ezli memancing menggunakan Afizan.

Anaknya yang bakal berusia tujuh tahun itu tidak mempedulikan apa yang sedang dibicarakan. Masih rancak menyuap nasi ke mulut. Masakan nenek yang sedap selalu sahaja membuatkan Afizan lupa diri dan tidak peduli pada apa yang berlaku di sekeliling.

“Sayang!” balas Faridah ringkas.

“Habis tu? Mak… lagi dua minggu Afi dah nak masuk darjah satu. Manalah Ezli larat nak buat semuanya seorang diri. Kalau mak balik, siapa nak uruskan Afi? Mak pun tau Ezli takkan hantar Afi pergi nursery,” rayu Ezli terus-terusan meminta simpati.

Faridah mengeluh. Bukan dia tidak tahu akan hakikat bahawa cucu lelakinya itu akan memasuki sekolah rendah tidak lama lagi. Tapi dia sendiri tidak tahu mengapa, sejak kebelakangan ini hatinya sering terpanggil untuk menetap kembali di kampung. Ingin selalu menjenguk pusara arwah suaminya, Elyas.

“Mak tak sayangkan Ezli ke?” Gagal menggunakan Afizan, Ezli memancing menggunakan diri sendiri pula.

“Ini bukan soal mak tak sayang kamu, Ezli. Mak sayang sangat kamu. Tapi mak ni dah tua. Bukan boleh menjaga kamu dan Afi sepanjang masa. Kamu kahwin ajelah Ezli. Maya kan dah lama jadi kawan kamu? Nak tunggu apa lagi? Dah tiba masa kamu kahwin dan bagi Afi seorang ibu.” Faridah pula memujuk. Teringatkan kawan perempuan Ezli yang bernama Maya. Hanya sekali sahaja mereka bertemu. Tetapi Faridah tahu, Maya sering menghubungi Ezli tambahan pula mereka satu tempat kerja.

“Mak, Maya tu kawan Ezli aje. Bukan special pun dia dalam hidup Ezli,” kata Ezli dengan wajah serius. Sebetulnya dia memang hanya menganggap Maya sebagai kawan. Tidak pernah lebih dari itu. Tetapi Maya pula yang perasan lebih!

“Nenek nak suruh abah kahwin dengan auntie Maya? Afi tak sukalah auntie Maya tu!” sampuk Afizan sambil memuncungkan bibir.

Faridah menggeleng kepala. Cucunya itu sudah pandai memilih bulu. Samalah macam perangai Ezli!

“Ha… mak tengok, Afi sendiri tak suka Ezli kahwin dengan Maya,” tokok Ezli bersama riak kemenangan bila Afizan memberi sokongan.

“Mak tak kira! Samada kamu kahwin atau kamu cari aje orang gaji. Mak nak balik kampung. Kalau payah sangat, biarkan saja Afi ikut mak balik dan sekolah di kampung.” Faridah bertegas..

“Mak!” Ezli terjerit. Tetapi tidak mampu meneruskan kata. Sudah kehabisan idea untuk menghalang niat emaknya.

Faridah meneruskan suapan. Pura-pura tidak melihat raut wajah Ezli yang semakin mendung. Faridah tahu Ezli tidak akan rela andai Afizan mengikutnya pulang ke kampung. Dia pernah menjaga Afizan di kampung sekembalinya dua beranak itu dari Boston. Tetapi Ezli dan Afizan sering sahaja demam rindu bergilir-gilir. Kedua beranak itu sukar dipisahkan. Mereka terlalu rapat. Kadang-kadang kelihatan seperti adik dengan abang bila mereka bergurau senda. Maka terpaksalah dia mengikut kehendak Ezli berpindah duduk di Shah Alam. Tapi kali ini, dia benar-benar mahu Ezli kembali berdikari menguruskan rumahtangga. Tidak lagi mengharapkan bantuannya. Kalau dulu Ezli mampu menghadapi sendiri semua masalah kenapa sekarang tidak?
Cuma satu doanya, agar pintu hati Ezli kembali terbuka untuk menerima seorang perempuan sebagai suri hidup.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

DARI tingkat atas, sudah terbau keharuman sambal tumis udang masakan Faridah. Ezli tersenyum sambil menyelitkan hujung kemeja ke celah corduroy hitam yang dipakainya. Terasa kecur liurnya membayangkan keenakan nasi lemak kukus hasil air tangan emak. Ezli berdiri di depan cermin panjang mengemaskan penampilan. Selagi emak ada di sini, selagi Afizan belum masuk sekolah, dia memang punya masa untuk berlengah-lengah ke tempat kerja. Ezli tersenyum puas hati melihat dirinya dan bersedia untuk turun. Bau harum wangian Aigner Black mengiringi dirinya bertepatan dengan tema wangian tersebut, maskulin, klasik, misteri dan mengagumkan.
Ketika menuruni anak tangga, Ezli terdengar suara Faridah ketawa dan berbual mesra. Dengan siapa? Ezli memasang telinga sambil terus berjalan menuju ke ruang makan di dapur. Terlihat kelibat Faridah bersama seorang perempuan membelakanginya. Oh? Jadi emak dah pilih orang untuk jaga Afizan. Ezli tersenyum. Semalam sewaktu pulang dihantar oleh Fuad, dia tidak sempat bertanya apa-apa kepada Faridah bila dirinya terlalu letih dan terus masuk tidur.
Namun ketika Faridah dan perempuan itu sama-sama berpaling, Ezli tersentap. Terbeliak matanya melihat pemilik wajah yang berdiri di sisi Faridah. Dia?! Dan dapat Ezli lihat gadis itu juga tergamam memandangnya.

“Ha, Ezli. Ni mak kenalkan Iryanie. Dia yang akan jaga Afi nanti. Hari ni mak ajarlah dia sikit-sikit apa yang patut dibuat.,” kata Faridah tanpa mengesyaki apa-apa.
Ezli dan Iryanie sama-sama berpandangan. Tetapi pandangan Ezli lebih mencerun. Garang. Sedangkan Iryanie kelihatan gugup. Tak sangka inilah Eddy Ezli!

“Eh? Kenapa pulak ni? Ezli! Kenapa pandang Iryanie macam nak makan? Dah lapar sangat?” sergah Faridah apabila melihat Ezli tidak berganjak, memandang Iryanie seperti ingin ditelannya gadis itu hidup-hidup.

“Kenapa mak pilih perempuan muda macam dia ni?” sela Ezli mula menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Eh? Apa salahnya pulak? Dah mak rasa Iryanie sesuai. Dia pun sanggup nak jaga Afi bila mak dah terangkan apa yang patut dibuat. Calon-calon lain semuanya tak sanggup termasuklah yang dah sebaya dengan mak. Semuanya nak kerja macam waktu pejabat,” balas Faridah sambil memandang wajah Ezli dan Iryanie silih berganti.

Iryanie masih kaku. Dia rasa serba salah untuk bergerak. Menentang pandang dengan Ezli, ibarat bertentang mata dengan harimau jadian… yang kacak! Eh? Apa aku ni? Iryanie mula kalut. Terasa tubuhnya seram sejuk. Dia tahu Ezli masih merenungnya tajam. Kalaulah dia tahu, pemilik nama Eddy Ezli adalah tuan punya Honda EJ7 yang dilanggarnya dan juga abah si Afizan, sumpah dia tidak akan mahu bekerja di sini. Menyesalnya tak tanya abang Zamri nama si sombong ni! Tapi mana pergi Honda dia? Tak nampak pun di porch?

“Mak, dialah yang langgar kereta Ezli hari tu.” Ezli membuka rahsia. Marahnya menyala kembali. Sakit hati mengenangkan kereta kesayangan kemek. Biarpun ia dibeli sebagai kereta second hand, tetapi Ezli memang sangat sukakan model itu. Ia antara model Honda paling popular walaupun pengubahsuaiannya memakan belanja besar. Tapi Ezli sanggup demi memastikan keretanya nampak sporty, kemas dan cantik. Namun walau sudah dibaiki selepas kemalangan tempohari, rasa sakit hati tetap ada. Sampaikan semalam Ezli nekad menghantar kembali keretanya itu ke bengkel untuk disembur cat baru, Spoon Yellow!

“Ya ALLAH, itu puncanya kamu marah sangat ni?” Faridah mengurut dada. Dalam pada itu dia simpati melihat raut wajah Iryanie yang jelas ketakutan.

“Yalah, bukan reti bawak kereta. Cuai! Macam mana dia nak jaga Afi kalau dia ada sifat cuai?” sela Ezli penuh sinis.

Iryanie tersentap mendengar tuduhan itu. Tapi dia hanya mampu memandang Ezli yang sudah mula duduk di sisi Afizan di meja makan.

“Dah langgar kereta orang tu, ada hati pulak nak kerja kat sini!” sindir Ezli sambil menjeling Iryanie.

“Eh? Kalau saya tahu ini rumah awak, awak ingat saya nak kerja dengan lelaki garang macam awak?” Iryanie bersuara, hilang sabar. Lebih dari itu dia merasakan perlu membela diri. Lancang betul mulut si Ezli ni. Padanlah dia jadi duda! Agaknya bekas isterinya dulu tinggalkan dia sebab mulut jahat dia tu! Eee! Rasa nak cilikan aje!

Ezli terdiam. Makin tajam matanya menombak ke wajah lembut Iryanie. “Pandai menjawab pulak dia ni!”

“Ezli, jangan jadi macam budak-budak!” jerkah Faridah agak geram dengan sikap Ezli. Nampak benar antinya Ezli kepada Iryanie. Silap hari bulan mahu tiap-tiap hari mereka bertekak. Macam mana ni?

Faridah berpaling memandang Iryanie. “Macam mana Iryanie? Awal-awal Ezli dah bertekak dengan Iryanie. Sanggup ke kerja? Kalau tak sanggup bagitau cepat-cepat. Boleh makcik cari ganti.” Faridah berterus-terang tentang kebimbangannya. Menjeling sekilas pada wajah Ezli.
Ezli diam sahaja menghadap nasi lemak yang enak di depan mata. Sesekali melampiaskan senyum sinis. Dia tahu gadis muda seperti Iryanie takkan sanggup bekerja dengannya. Sesedap mulut aje cakap aku garang. Sekarang biar aku tunjuk garang. Mesti dia akan menarik diri! Dan emak tidak akan jadi pulang ke kampung! Yeah! Sedikit sebanyak Ezli sengaja memilih untuk bertekak dengan Iryanie sebagai satu jalan menghalang niat Faridah pulang ke kampung.

“Sanggup makcik! Saya pun bukan selalu kena hadap muka anak makcik ni, kan? Cuma akan jumpa waktu dia nak pergi kerja, balik kerja. Itu saja kan? Selebihnya waktu saya lebih banyak dengan Afi. Jadi, tak ada apa yang perlu saya risaukan,” jawab Iryanie dengan yakin dan tenang. Tiba-tiba mendapat kekuatan untuk menghadapi Ezli.

Ezli hampir terbelahak mendengar jawapan berani Iryanie. Tersekat butiran nasi lemak di celah kerongkongnya. Tangan Ezli segera menjatuhkan sudu ke pinggan lalu menggapai gelas air suam. Diteguk sekaligus, melepaskan sekatan di kerongkong. Faridah tersenyum senang. Iryanie memang boleh diharap!

Mata tajam Ezli bagai menikam-nikam wajah Iryanie. Tanpa mahu menghabiskan nasi lemaknya lagi, Ezli bingkas bangun. Sempat mencium dahi Afizan sebelum anaknya itu menarik tangan dan menyalaminya. Kemudian, Ezli mendapatkan Faridah lalu tunduk mencium tangan emaknya itu. Tidak ada kata dan tanpa senyuman. Menonong sahaja perginya ke muka pintu.

“Nak pergi kerja dengan apa tu? Fuad datang ambil ke?” Faridah melaung sambil menjengah sedikit tubuhnya untuk melihat kelibat Ezli.

“Tak! Naik motor!”

Sebentar kemudian terdengar bunyi enjin motosikal sport Cagiva berkuasa 2 lejang 125cc dihidupkan. Diikuti dengan bunyi ngauman kuat beberapa kali. Ezli membakar! Faridah tersenyum mendengar deruman motor yang semakin menjauh.

“Dia dah merajuk tu,” kata Faridah sambil tersenyum gelihati.

“Takkan hal kecil macam ni pun dia nak merajuk makcik?” soal Iryanie agak kehairanan.

“Dia sebenarnya tak mahu makcik balik kampung, Taktik dia lah tu,” jawab Faridah sambil tersenyum memandang wajah Iryanie.

“Ala… dah tua-tua macam tu, dah ada anak besar, takkan nak berkepit bawah ketiak makcik lagi?” Iryanie bertanya dalam nada bergurau seraya melabuhkan punggung di sebelah Afizan.

“Dulu dia tak macam tu. Dulu dia tak pernah pedulikan perasaan makcik. Tapi bila hatinya terluka, barulah dia berubah,” kata Faridah perlahan.

Iryanie terdiam. Berkerut dahinya cuba memahami kata-kata Faridah. Nampaknya ada kisah menarik tentang Ezli yang perlu diketahui. Tetapi Iryanie tidak mahu ghairah bertanya.

Faridah menyambung kata, “Belajarlah kenali dia. Dia lelaki yang baik sebenarnya. Tapi kisah silam buat dia jadi macam tu.”

Iryanie tidak terkata apa lagi. Pandangan Faridah kelihatan lain macam. Iryanie segera melarikan pandangan.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

KERETA Myvi yang dipandu Hana, berhenti di depan rumah teres dua tingkat milik Ezli. Iryanie mengucapkan terima kasih kepada Hana kerana sudi menghantarnya ke situ sebaik sahaja kuliah tamat. Hana menjengukkan kepala setelah Iryanie keluar dari kereta. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan.

“Eddy Ezli tak ada ke? Aku teringinlah nak tengok dia.” Hana tersenyum gatal.
Iryanie menggeleng kepala. “Manalah dia ada kat rumah waktu-waktu macam ni? Kalau kau nak sangat jumpa dia, kau pergi cari dekat Maxis di Subang Hi-Tech. Ha, kau buatlah appointment kat situ.”

“Isk… kau ni, lebih-lebih pulak bagi cadangan! Aku buat betul nanti, baru kau ternganga…” Hana menjeling manja sebelum terkekeh ketawa.

“Dahlah… aku masuk dulu lah,” kata Iryanie dalam sisa senyumnya.

“Balik nanti macam mana?” Hana bertanya.

“Macam biasalah, aku naik teksi. Takpun jalan kaki. Ala… bukan jauh pun rumah kita,” beritahu Iryanie.

“Tapi kalau dah malam sangat, kau telefon aku nanti. Aku janji takkan off handphone macam hari tu lagi. Aku akan datang ambil kau.” Hana mengangkat tangan membuat ikrar.

Iryanie tersenyum mendengarnya. “Terima kasihlah kawan!”

Kereta Hana bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu. Iryanie segera masuk ke dalam rumah. Kemudian dia mengeluh melihat keadaan rumah. Tidaklah terlalu bersepah. Tetapi Iryanie mula perasan, keadaan rumah sedikit tidak terurus. Pastinya Ezli tidak punya masa untuk mengemas. Iryanie memandang jam di dinding, Baru pukul 11.00 pagi. Sekejap lagilah masak untuk Afi. Iryanie memutuskan di dalam hati.

Tanpa disuruh, Iryanie mula meringankan tulang, mengemaskan ruang tamu. Gitar yang terbaring di atas sofa, disandarkan kembali ke peti sistem suara. Bantal-bantal hiasan disusun elok-elok. Kemudian Iryanie naik ke tingkat atas. Menguak pintu bilik Afizan. Masya-ALLAH, memang tak berkemas! Kesiannya! Iryanie melangkah masuk. Katil yang berkapar hanyar dikemaskan elok-elok. Buku-buku yang bersepah di atas meja belajar Afizan, disusun satu per satu. Kemudian matanya melihat sebakul pakaian kotor Afizan di sudut bilik. Iryanie spontan menggeleng kepala. Teruknya! Entah berapa hari semua pakaian itu terbiar di situ.
Sambil mengelek bakul, Iryanie berjalan keluar. Sebelum menutup pintu bilik, mata Iryanie meneroka persekitaran. Setelah berpuas hati, barulah dia merapatkan kembali daun pintu.
Sewaktu melintasi bilik Ezli, Iryanie lihat pintu bilik itu separuh terbuka. Kemudian dia terfikir, kalau bilik anak dah bersepah macam tu, bilik si abah mesti lebih kurang aje bersepahnya. Tak apalah, biar aku tolong. Bukan susah pun. Kemas sikit-sikit, baju kotor pun mesin yang basuh! Omel Iryanie di dalam hati sambil terus melangkah masuk ke dalam bilik Ezli.
Iryanie kaku di tengah bilik. Tepat sangkaannya. Katil Ezli yang bertimbun dengan bantal berbagai bentuk dan selimut tebal itu nampak bersepah. Kelihatan pakaian tidak berbasuh sudah hampir penuh di dalam bakul sederhana besar di tepi pintu bilik air. Penghawa dingin juga masih terpasang. Nampak sangat hari ni Ezli pelupa dan cuai!

Iryanie mengangkat bakul itu dan diletakkan di sebelah bakul pakaian Afizan di muka pintu. Kemudian dia menuju ke katil. Selimut tebal yang bergumpal ditariknya, menyebabkan kebanyakan bantal turut terjatuh ke lantai.

“Hoi, apa ni?!” Tiba-tiba terdengar satu suara kasar memarahinya.
Iryanie terperanjat besar! Spontan memekup mulut. Matanya terbeliak melihat Ezli di atas katil! Tidak berbaju, hanya memakai boxer berwarna merah! Malunya Iryanie bukan kepalang lagi bila melihat Ezli dalam keadaan begitu.

Sepantas kilat Ezli menarik kembali selimut, menutup tubuhnya yang terdedah. Seperti anak dara diintai teruna lagaknya! Tapi matanya mencerlang garang memandang Iryanie. Sepantas kilat juga,
 Iryanie berlari keluar dari bilik bersama wajah merah padam.

PERASAAN Iryanie masih bercampur baur ketika dia melarikan diri keluar rumah. Menggeletar dia duduk di buaian, cuba menenangkan perasaan terkejut dan tidak percaya dengan kehadiran Ezli di dalam rumah. Bukankah dia sepatutnya bekerja?

“Apsal kau masuk bilik aku?”

Suara Ezli menerjah pendengaran Iryanie. Dia tidak berani mengangkat wajah. Hanya berani menjeling dari ekor mata dan dapat dia lihat Ezli berdiri di muka pintu, sudah lengkap berpakaian. Berseluar kargo tiga suku dan bert-shirt putih. Kategori tutup aurat jika dibandingkan keadaan dirinya di dalam bilik tadi.

“Nak kemaskan bilik!” balas Iryanie dalam perasaan terkejut yang masih belum mereda.

“Lain kali ketuk pintu dulu!” sela Ezli. Cuba menyembunyikan perasaan malu. Hari ini memang kantoi! Terkejut sungguh dia dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Dia terasa udara dingin menyapa tubuh. Dan bila membuka mata, dia terperanjat melihat Iryanie sedang menarik selimut tanpa menyedari dia ada di atas katil. Aduh, memang memalukan!

“Habis pintu dah memang terbuka. Manalah tau awak ada kat dalam!” sela Iryanie membela diri.

“Aku tak suruh pun kau kemas bilik aku! Taulah aku kemas sendiri!” Ezli tidak mahu mengalah.

Perasaan malu membuatkan dia cuba berkata apa saja.

“Habis tu dah bersepah sangat. Takkan nak biarkan aje? Saya ni tak boleh tengok rumah bersepah. Daripada saya duduk goyang kaki, baik saya buat kerja sikit. Lagipun pagi tadi awak dah pergi kerja kan? Kenapa sekarang awak ada kat rumah pulak? Tak nampak pun kereta kat luar ni! Kalau saya tau awak ada, saya tak nak masuklah bilik tu! Dalam rumah ni pun saya takkan jejak!” Iryanie meninggikan suara, membebel semahunya.

Ezli terdiam. Ternyata, memang dia yang bersalah sebenarnya. “Aku ambil MC hari ni. Tiba-tiba kena migrane teruk sangat kat ofis pagi tadi. Kawan hantar balik tadi. Kereta aku dia pakai sekejap. Aku tengok kau tak ada, aku teruslah masuk bilik dan tidur.” Suara Ezli mengendur. Sedikit sebanyak memberi isyarat kepada Iryanie bahawa dia mengaku salah!

“Saya pergi kuliah lah! Kan saya dah bagitau pagi tadi? Lain kali kalau dah balik rumah, tinggallah pesan kat pintu ke, kat peti ais ke, kat mana-manalah. Tak adalah saya selamba aje nak masuk dalam rumah ni. Lagi satu, dah tau saya kerja sini, lain kali pakailah sopan sikit!” Iryanie melepaskan kemarahannya yang tiba-tiba sahaja meletus sebaik mendengar penjelasan Ezli.

Terkebil-kebil Ezli memandang Iryanie yang kelihatan mengah selepas menghamburkan kata. Ya, aku salah. Lupa nak bagitau aku dah balik bila kepala ingat nak tidur aje. Lagipun dah terbiasa tidur dalam keadaan begitu. Maklumlah duduk bujang, tak ada siapa yang nak tengok! Ezli hanya berkata-kata di dalam hati.

“Saya nak balik!” tegas Iryanie bingkas bangun. Dia tidak mahu berlama lagi di rumah itu. Buat apa dia menunggu lagi di situ kalau Ezli sudah ada di rumah? Tapi bila terpandang Ezli masih tercegat di muka pintu, Iryanie terhenti. Aku nak masuk dalam ambil beg! Tepilah! Iryanie hanya berani membentak dalam hati. Sudahnya dia terpaksa juga melangkah masuk.
Ketika berselisih dengan Ezli di muka pintu, Iryanie terasa berdebar. Apatah lagi bila menyedari Ezli sedang memandangnya. Tanpa senyum seperti biasa. Memang susah hendak meneka perasaan dan mood lelaki itu.

“Tak nak masak dulu untuk Afi? Sekejap lagi dia balik sekolah. Dia selalu puji masakan kau sedap. Kecewa dia nanti bila tengok tak ada masakan kau atas meja.” Suara Ezli kedengaran agak bersahaja.

Terhenti langkah Iryanie betul-betul di sisi Ezli, ketika mendengar permintaan itu. Iryanie mendongak memandang Ezli. Bergemuruh darah Iryanie bila melihat mata Ezli meliar memandang seluruh wajahnya. Ya Tuhan, betullah mata dia ni macam mata helang!

“Yelah, saya masak! Yang ringkas saja, sebab saya nak balik cepat. Jangan masuk dalam! Duduk kat luar tu sampai saya siap masak!” sela Iryanie penuh geram sebagai menutup rasa gugup. Terus berlalu masuk.

“Alang-alang memasak tu, masaklah lebih sikit, untuk abah Afi sekali.”

Langkah Iryanie terhenti lagi. Dia berpaling. Tetapi Ezli tidak menoleh memandangnya. Masih menyandarkan diri di tepi pintu, membelakanginya. Amboi, selambanya dia!

“Dah terkantoi tu, ada hati pulak suruh orang masak untuk dia!” rungut Iryanie melepaskan geram.

Dia menanti reaksi Ezli.Namun Ezli yang mendengar tidak pula mahu membalas. Sebaliknya, secara sembunyi, dia tersenyum gelihati mendengar sindiran Iryanie. Sejenak, hatinya tiba-tiba rasa terhibur.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥