So far I really enjoyed both the books below..and I have a few more in my library waiting to be read...
Sinopsis : RANGGAU
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis
sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati
telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh
korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima
nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang
dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang
terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.
Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian.
Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana
merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.
Sinopsis : UNGU KARMILA
ATAS nama cinta… mahligai impian itu
dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila.
Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa
tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang
pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia
menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi.
Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang
‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka
pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli
yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang
menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia
telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif
telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar
misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka
sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG
MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU
KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik
kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat
dosa!
No comments:
Post a Comment