Tuesday, March 15, 2011
♥ KeRaNa DiA CiNtA♥
Kerana Dia Cinta is the first novel of Izza Aripin which I have read and I enjoyed it so much that I finished it within a day...
Synopsis:
Dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumah tangga yang dibina retak menanti belah. Hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena untuk mengejar cintanya. Terhimpit dengan beban perasaan yang semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami ialah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.
Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yang lara ke perantauan bersama dendam. Masa yang berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yang hadir tanpa diduga. Dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.
Siapakah dihati Amani? Adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam?
Kerana Dia Cinta… membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.
Kerana Dia Cinta… kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban; Dena rela bermusuhan; Rezman percaya pada cinta.
Kerana Dia Cinta… kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta; Fahrein berjaya mencapai cita-citanya; Zeek menemui cinta sejatinya.
Kerana Dia Cinta… kerana Allah, Nurjia Amani temui cinta abadi.
Plot:
Nurjia Amani atau Gia dijadikan sebagai jaminan kepada penggabungan syarikat. Disebabkan Gia tidak mencintai Rayyan atau Ryan yang juga merupakan Pengarah Urusan Milennium Group, dia telah bersubahat dengan rakan baiknya, Dena yang juga merupakan Pengurus Pemasaran Kumpulan di Milennium Group. Gia telah menyamar sebagai pekerja di Milennium Group untuk mencari kelemahan Ryan yang boleh digunakan olehnya untuk membatalkan perkahwinan tersebut.
Sewaktu bekerja di Unit Penerbitan, Gia telah berkawan baik dengan Kak Intan, Kak Maiyah (PA kepada Ryan) dan Fahrein. Fahrein yang pada mulanya melayan Gia dengan buruk telah berubah menjadi rakan baiknya setelah dia tahu siapa sebenarnya Gia.
Tembelang Gia pecah apabila Ryan mendapat tahu mengenai penyamarannya melalui Dena. Sebagai hukuman kerana Gia telah membohonginya, Ryan telah menjadikan Gia sebagai Setiausaha Eksekutifnya di Millenium Group. Sungguhpun sentiasa berdampingan, Gia gagal mencintai Ryan. Perhubungan Ryan dengan Gia juga tidak begitu baik lantaran mereka sering berselisih pendapat. Gia telah meminta Ryan untuk bersetuju dengan tiga syarat sebaik sahaja mereka berkahwin kelak.
Hubungan Dena dan Gia menjadi renggang setelah Gia dapat tahu Denalah yang membocorkan rahsianya. Dena yang selama ini tidak setuju dengan layanan dan tanggapan Gia terhadap Ryan yang dipujanya, berniat mahu merampas Ryan daripada Gia.
Perkahwinan antara Gia dan Ryan tidak dapat dielakkan. Gia terpaksa akur kerana takut dibuang keluarga sekiranya dia membantah keras arahan ibu bapanya. Sewaktu berbulan madu di Istanbul, Ryan dan Gia cuba memahami situasi masing-masing. Namun sebaik sahaja mereka pulang daripada berbulan madu, Ryan gagal mematuhi tiga syarat yang telah diakuinya sebelum berkahwin dahulu. Gia berasa kecewa tambahan pula dia terpaksa tinggal bersama mentuanya.
Gia berasa hidupnya terkongkong dan dia rasa bagai dipaksa melakukan perkara yang dia tidak suka oleh mentuanya. Disebabkan berasa tertekan, Gia telah melarikan diri ke Cameron Highland. Di sana dia menyelamatkan seorang lelaki bernama Pakcik Bakar daripada kemalangan. Bermula dari situ, hubungan Gia dengan keluarga Pakcik Bakar semakin akrab. Dia berkongsi masalah dengan Makcik Hajar, isteri Pakcik Bakar. Sewaktu di sana, Gia dapat tahu yang dia mengandung. Setelah puas dipujuk oleh Makcik Hajar, akhirnya Gia bersedia untuk kembali ke pangkuan Ryan.
Namun niat baiknya tidak kesampaian apabila Ryan telah menemuinya di sana. Ryan membawa Gia pulang dan layanannya menjadi semakin keras. Niat Gia untuk merahsiakan kandungannya akhirnya terbongkar. Sikap Ryan kepada Gia terus berubah. Dia lebih banyak mengalah dengan kerenah Gia yang tidak menentu. Disebabkan mabuk paginya terlalu teruk, Gia telah meminta Ryan menghantarnya ke rumah Makcik Hajar untuk berehat. Sewaktu berada di sana, Makcik Hajar telah berusaha menyedarkan Gia akan kesilapannya tidak melayani Ryan seperti yang sepatutnya.
Dalam waktu yang sama, Dena telah mengambil kesempatan sepenuhnya atas ketiadaan Gia. Dia telah berjaya mempengaruhi Ryan dan hubungan mereka menjadi semakin erat.
Pujukan dan didikan keagamaan yang diberikan oleh Makcik Hajar telah melembutkan hati Gia untuk memikul tanggungjawab sebenarnya sebagai isteri dan menantu. Dia pulang ke KL dengan harapan untuk memperbaiki keadaan. Malang sekali apabila dia terdengar perbualan antara Ryan dengan Dena. Rupa-rupanya selama ini selama ketiadaannya, Ryan telah membuat perhubungan sulit dengan Dena. Ryan yang sudah mula merasakan cinta terhadap Gia, berasa bersalah dan kesal. Dia cuba menghalang Gia, tetapi gagal.
Disebabkan perasaan kecewa, Gia membawa diri ke rumah Makcik Hajar. Gia telah bersalin tidak cukup bulan. Tapi disebabkan rasa sakit hatinya, dia menipu semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri dengan mengatakan yang anak dalam kandungannya itu telah keguguran. Melalui alasan itu, dia meminta cerai daripada Ryan. Ryan terpaksa akur kerana rasa bersalah.
Dena yang merasakan impiannya untuk mendapatkan Ryan sudah tercapai, kecundang jua akhirnya apabila Rezman, sahabat baik Ryan yang telah mengetahui niat jahat Dena, telah memasang perangkap. Akibat perangkap yang dipasang, Dena dan Rezman ditangkap basah sekali gus melepaskan tanggungjawab Ryan yang sepatutnya berkahwin dengan Dena.
Dua tahun berlalu. Gia telah membawa diri ke UK untuk menyambung pelajaran ke peringkat Phd. Dia kembali ke tanah air dengan identiti baru iaitu bertudung dan menukar nama panggilannya kepada Amani, nama yang sebelum ini telah diperkenalkan olehnya kepada keluarga Makcik Hajar. Anaknya Nurjiha Raihanna atau Jiha telah dijaga oleh Makcik Hajar selama pemergiannya. Amani telah mendapat pekerjaan di sebuah agensi pengiklanan. Perkenalan singkatnya dengan Haziq Hidayat atau Zeek, ketuanya telah melahirkan bibit-bibit cinta di hati Zeek. Lantas dia terus melamar Amani.
Amani yang selama ini mencari cinta, sudah menemui cinta pertamanya iaitu cinta kepada Allah. Lamaran Zeek diterimanya kerana dia terharu dengan keikhlasan dan kejujuran Zeek. Zeek tidak memandang serong kepada statusnya sebagai janda beranak satu. Walaupun pada mulanya keluarga Zeek menentang keras apabila mengetahui mengenai penipuan Amani terhadap kelahiran anaknya, akhirnya mereka terpaksa akur dengan kemahuan Zeek.
Ryan yang secara tidak sengaja terserempak dengan Amani dan Zeek telah nekad untuk merebut perhatian Amani semula. Amani pula terpaksa berhadapan dengan Ryan untuk membongkar mengenai kewujudan Jiha. Kesungguhan Ryan semakin kuat untuk merebut kasih Amani. Malangnya dia kecewa apabila mendapat tahu yang bekas isterinya itu telah berkahwin.
- From Izza Aripin site-
My Opinion:
What can I say. This book is about a force marriage and it do tell us that not all the marriage will work out the way its expected to be...That's what that makes this novel unique compared to other malay novels which has similar plot.
Sometimes, no matter how much we try, we just cannot force ourselves to be in love with someone which we don't love and LOVE cannot be forced.
Recommended reading...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment